olaa~..
mesti kat luar sane ader yg memiliki bf ogf o adik beradik o parents yg panas baran kan???relax...chill ok..x yah laa nk amek hati sgt ngan org y panas baran ni k..meh kite tgok..ape tips o petua y kite ley wat untuk atasi o hadapi org panas baran ni k..hehe..
lebih baik mendiamkan diri ketika si dia sedang marah. tidak perlulah menjawab atau cuba menjelaskan sesuatu. orang yang tengah marah biasanya jarang nak mendengar apa yang ingin kita katakan...
sebaiknya apabila si dia marah, kenalpasti punca-punca yang menimbulkan kemarahannya. kita seharusnya tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka serta apa yang boleh membuatkan dia meradang. kemudian pada masa2 akan datang, cuba lah elakkan dari melakukan kesilapan tersebut ok..
jika hendak menegur perlakuan seseorang yang kamu tidak senangi, gunakan cara yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahannya tidak berpanjangan. jika kamu bijak gunakan 'reverse psikologi'. misalnya cuba letakkan dirinya di tempat kamu ataupun kamu mengakui kesilapan tetapi dalam masa yang sama buat dia berfikir logik atau tidak kamu dipersalahkan.
sebaiknya jangan layan sangat kemarahannya. maksudnya jangan melawan dan jangan cuba memujuk. Endahkan sahaja apa yang dikatakannya kerana jika tidak si dia pasti tidak akan berhenti memarahi kamu.hehe.kesannya kamu juga yang sakit hati nanti...
sekiranya si dia sudah terlalu melampau, maksudnya sehingga menaikkan tangan ke muka kamu ketika marah. Sebaiknya jauhkan diri dari dia buat sementara waktu. Kamu perlu mengajarnya supaya lebih menghormati kamu. Jangan biarkan si dia bertindak ganas kepada kamu hanya kerana tidak sedar apa yang dilakukannya ketika marah.
ha...mudahkan petua kat atas ni..nobody perfect..so we cant be a perfect person, but we can strive for perfection..!!!
0 ulasan:
Post a Comment