BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

~wonderful n colourful~

Welcome note


I made this widget

Terbang Menggapai Impian

Daisypath Graduation tickers

Wednesday, May 18, 2011

30 sikap aneh perempuan bila jatuh cinta!!!!

hehe...asyik cerite tentang diri sndri je kan??meh kite kongsi ilmu jom...sharing is caring...untuk mereka yang bercinta, dan pada mereka yang baru nk knal erti cinta~..huhahaa

lets check it out!!!

BestFreeDesign.Com border= BestFreeDesign.Com border= BestFreeDesign.Com border=

  1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..
  2. Apabila gadis yang kamu cintai tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Seorang gadis sukar untuk mencari perkara2 yg tidak disukainya pada orang yang paling disayanginya. oleh kerana itulah, perempuan lebih mudah patah hati bila hubungan cintanya terputus di tengah jalan berbanding dengan lelaki.
  4. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki, percayalah hanya lelaki itu sahaja yang sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Hati seorang gadis akan mudah menjadi cair seperti coklat andai lelaki yang disukai dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya.
  6. Seorang gadis memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.
  8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. kemudian, sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur perlahan2..
  9. Si gadis suka meluahkan isi hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood mereka.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh x acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan, jadi jangan senyum sembarangan ya..!!
  14. Jika kamu menyukai seorang perempuan, cubalah mulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika seorang gadis memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memg tidak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
  17. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  18. Sekiranya kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta.
  19. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh seorang wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada ditempat teristimewa di hatinya.
  21. Satu ucapan 'hye' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  22. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  23. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berniat untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.
  24. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  25. Semua gadis mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  26. Senjata seorang gadis adalah air mata.
  27. Setiap gadis pasti suka dan gembira jika sesekali orang yang disyanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  28. Seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang diri mereka dan baik terhadapnya. So, pada lelaki,kalau nk memikat, pandai-pandailah.
  29. Sebenarnya mudah mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
  30. Perempuan setinggi manapun egonya atau setinggi manapun dia berada namun dia tetap tewas dengan cinta seorang lelaki.
Ok...well done..memandangkan sy suke membaca, so informasi diatas dapat dari buku...sharing is caring.pengetahuan itu walaupun sedikit,ia tetap ilmu...

Strive for Perfection...!!.
Hurry up..!!
find ur love!!!

0 ulasan: